GULA-GULA berkenaan. FOTO Agensi
GULA-GULA berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Rangkaian kedai serbaneka Jepun, Lawson, baru-baru ini melancarkan produk baharu yang agak menarik iaitu gula-gula tanpa rasa.

Lawson, salah satu rangkaian kedai serbaneka terbesar di Jepun sedang menguji beberapa produk, termasuk Aji no Shinai yang dinamakan 'Aji no Shinai? Ame' (Tasteless? Candy), yang tidak mempunyai rasa.

Mengikut maklumat pada pek pembungkusan, gula-gula 'Aji no Shinai? Ame' hanya mempunyai dua bahan iaitu polydextrose pengganti gula sintetik dan erythritol pengganti gula organik.

Seorang lelaki di SoraNews24 mendapat pek percubaan itu dan terkejut dengan betapa hambarnya, gula-gula itu.

Tetapi walaupun pembuat Aji no Shinai? Ame dapat mengurangkan rasa kepada hampir langsung tiada rasa, gula-gula itu nampaknya mempunyai aroma yang sangat samar apabila diuji SoraNews24, berbanding dengan minuman yang lain.

Terdapat juga sedikit kemanisan padanya, yang dikatakan seperti rasa nasi putih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2022 @ 11:00 AM