BERNAMA

Washington: Perintah berkurung dikuat kuasa di seluruh New Orleans ekoran Taufan Ida membadai bandar raya itu, kata Datuk Bandar, LaToya Cantrell.

"Perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 6 pagi berkuat kuasa serta-merta," kata Cantrell pada Selasa, lapor Sputnik.

Sementara itu, Ketua Polis New Orleans, Shaun Ferguson mengingatkan penduduk yang berpindah supaya tidak pulang ke kediaman mereka berikutan bekalan elektrik belum pulih sepenuhnya.

Ferguson berkata, jalan raya masih dipenuhi sampah sarap dan berbahaya untuk pemanduan waktu malam kerana lampu isyarat tidak berfungsi.

Beliau menambah beberapa kes kecurian juga dilaporkan berlaku.

Taufan Ida yang melanda Louisiana pada Ahad itu diklasifikasi sebagai ribut Kategori 4.

KESAN kerosakan akibat Taufan Ida di Pointe-Aux-Chenes dekat Montegut, Louisiana. FOTO AFP
KESAN kerosakan akibat Taufan Ida di Pointe-Aux-Chenes dekat Montegut, Louisiana. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 3:40 PM