KENDERAAN yang dipandu pemandu mabuk. FOTO/AGENSI
KENDERAAN yang dipandu pemandu mabuk. FOTO/AGENSI
Agensi

LOUISIANA: Dua maut manakala enam cedera selepas seorang pemandu yang dipercayai mabuk merempuh masuk laluan basikal ketika orang ramai sibuk menyaksikan perarakan festival di New Orleans, Lousiana, Amerika Syarikat.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam semalam itu menyebabkan kedua-dua mangsa berusia 30 tahun terbabit mati di tempat kejadian manakala yang lain terpaksa dikejarkan ke hospital.

Daily Mail yang memetik seorang saksi berkata, kereta terbabit dipandu laju sebelum merempuh sebuah kereta lain dan berpusing melanggar laluan basikal di lokasi berhampiran festival Mardi Gras itu.

Ketua polis, Shaun Ferguson berkata, suspek ditahan polis selepas orang ramai yang melihatnya cuba memberi bantuan kerana menyangkakan dia terbabit dalam kemalangan.

“Kami dapat menahannya segera kerana orang ramai cuba membantunya kerana menyangkakan pemandu itu terbabit dalam kemalangan.

“Suspek akan menjalani ujian saringan untuk menentukan sama ada dia berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 8:49 PM