KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2020. Gambar Hiasan penyelidikan tentang vaksin. NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2020. Gambar Hiasan penyelidikan tentang vaksin. NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Agensi

London: Lebih daripada 628 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk di 150 negara, setakat 3 April.

Berdasarkan data yang diperoleh oleh Bloomberg, secara purata kira-kira 16.3 juta dos suntikan vaksin diberikan setiap hari.

Ketika ini, empat negara dilihat menjadi pendahulu dalam melaksanakan program imunisasi Covid-19 kepada penduduknya.

1. UNITED KINGDOM (UK)

Lebih separuh daripada penduduk UK yang berjumlah 66.65 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan Covid-19.

Ia menjadi negara terpantas di Eropah dari segi pelaksanaan program imunisasi Covid-19.

UK menyasarkan untuk memberikan vaksin kepada separuh penduduk dewasanya, menjelang akhir Julai depan.

Negara itu sebelum ini menetapkan 17 Mei sebagai jangkaan untuk membuka semula penerbangan antarabangsa ke negara itu.

VAKSIN

Pfizer-BioNTech (diimport dari Belgium). Vaksin kedua, AstraZeneca dari Universiti Oxford dihasilkan di UK.

Negara itu akan menerima vaksin ketiga yang masih dalam peringkat kelulusan untuk penggunaan iaitu Moderna dari Amerika Syarikat (AS). Menurut BBC, ia akan tiba pada minggu depan.

STATISTIK KES COVID-19

Kes positif: 4.35 juta,

Kematian: 127,000

*Kadar kematian tertinggi di Eropah dan kelima di dunia.


2. AMERIKA SYARIKAT (AS)

Sehingga Jumaat lalu, AS sudah memvaksin - sekurang-kurangnya satu dos - kepada lebih 100 juta penduduknya, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu.

Berdasarkan data CDC, seramai 101,804,762 orang yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin meliputi 30 peratus daripada populasi negara itu.

Hampir 58 juta daripada mereka sudah menerima dos vaksin lengkap, sama ada menerusi vaksin jenis dua dos atau vaksin jenis satu dos. Lebih daripada separuh daripada angka itu adalah individu berusia 65 tahun ke atas.

VAKSIN

AS sudah meluluskan penggunaan kecemasan untuk vaksin Pfizer (diedarkan di AS) di samping, Moderna dan Johnson & Johnson (masing-masing dihasilkan di AS).

STATISTIK KES COVID-19

Kes positif: 30.6 juta

Kematian: 554,000

*Kadar kes positif dan kematian tertinggi di dunia.


3. KANADA

Kanada yang mempunyai populasi 37.7 juta. Sekurang-kurangnya 31.5 juta daripadanya adalah individu berusia 16 tahun dan layak menerima vaksin Covid-19.

Setakat minggu lalu, lebih 5.5 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk negara itu, meliputi mereka yang menerima satu dos vaksin dan dua dos vaksin.

Kira-kira 59 peratus daripada orang dewasa berusia 80 tahun dan ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

VAKSIN

Empat vaksin; Pfizer-BioNTech (diimport dari Belgium), Moderna dan Johnson & Johnson, (masing-masing dimport dari AS) serta AstraZeneca dari UK.

STATISTIK KES COVID-19

Kes positif: 991,000

Kematian: 23,008


4. ISRAEL

Lebih separuh daripada 9.053 juta penduduk Israel sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19, menjadikannya pendahulu dalam program imunisasi virus itu.

Ia memulakan program pemvaksinan pada 19 Disember lalu iaitu 10 hari selepas menerima bekalan vaksin Pfizer.

Setakat Rabu minggu lalu, lebih daripada lima juta penduduknya sudah menerima suntikan dos pertama, manakala 4.76 juta sudah menerima dos kedua.

Menurut kaji selidik dijalankan oleh Kolej Imperial, London dan YouGov, 48 peratus penduduk Israel yakin dengan keberkesanan vaksin dan hanya empat peratus saja yang tidak mempercayainya.

VAKSIN

Dua vaksin: Pfizer (diimport dari Belgium) dan Moderna (diimport dari AS)

STATISTIK KES COVID-19

Kes positif: 834,000

Kematian: 6,220

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 6:00 AM