PENDUDUK memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal ketika menunggu giliran untuk ujian saringan Covid-19 di Hospital Bach Mai, Hanoi. FOTO AFP
PENDUDUK memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal ketika menunggu giliran untuk ujian saringan Covid-19 di Hospital Bach Mai, Hanoi. FOTO AFP
AFP

Hanoi: Vietnam mengesan varian baharu Covid-19 yang merebak dengan pantas di udara serta dipercayai kombinasi strain India dan United Kingdom (UK), lapor media tempatan hari ini.

Negara berkenaan kini berdepan jangkitan baru hampir di seluruh negara termasuk di kawasan industri dan bandar besar seperti Hanoi dan Ho Chi Minh City.

Lebih 6,700 kes termasuk 47 kematian dilaporkan di Vietnam sejak April lalu.

"Kita telah mengesan varian hybrid baru dari strain India dan UK.

"Antara ciri-ciri strain ini adalah ia merebak lebih pantas di udara.

"Kepekatan virus pada cecair di tekak meningkat dengan cepat dan mudah merebak ke sekitarnya," kata Menteri Kesihatan, Nguyen Thanh Long pada mesyuarat pandemik hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 6:48 PM