ORANG ramai sedang beratut untuk masuk ke sebuah restoran di Pantai Miami, Florida. FOTO AFP
ORANG ramai sedang beratut untuk masuk ke sebuah restoran di Pantai Miami, Florida. FOTO AFP
AFP

WASHINGTON: Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah melepasi 2.5 juta, semalam.

AS adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu dan kini jumlah jangkitan di beberapa negeri turut melonjak.

Memetik data Johns Hopkins University (JHU), sehingga 5.30 petang semalam terdapat 2,500,419 kes positif di AS.

Negara itu turut merekodkan 43,121 jangkitan baharu dalam masa 24 jam.

Dengan pertambahan 502 kes kematian semalam, AS kini menyaksikan 125,480 kematian akibat Covid-19.

Florida, Georgia, South Carolina and Nevada melaporkan rekod baru dalam kes harian.

Florida mencatat 9,585 kes dalam tempoh 24 jam berikutan pembukaan semula negeri itu menyaksikan golongan muda memenuhi pantai dan bar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 11:22 AM