BEBERAPA mayat ditemui di gunung Nanda Devi. FOTO/REUTERS
BEBERAPA mayat ditemui di gunung Nanda Devi. FOTO/REUTERS
AFP

PITHORAGARH, INDIA: Beberapa mayat ditemui di gunung Nanda Devi, Himalaya, hari ini ketika sebuah helikopter meninjau kawasan untuk mencari lapan pendaki yang masih hilang di pergunungan itu.

Jurucakap tentera memberitahu AFP beberapa mayat kelihatan di laluan yang sama diikuti pendaki berkenaan.

“Peluang mereka masih hidup di ketinggian 4,500 hingga 5,500 meter adalah amat tipis kerana cuaca sangat sejuk.

“Adalah mustahil pendaki ini masih hidup,” katanya.

Satu sumber berkata jumlah mayat yang dilihat adalah lima.

Jurucakap polis berkata pasukan penyelamat akan berusaha untuk mengeluarkan mayat.

Setakat ini, belum ada sebarang berita daripada pendaki hilang yang terdiri daripada empat warganegara Britain, dua dari Amerika Syarikat serta seorang rakyat India dan Australia sejak mendaki Nanda Devi pada 26 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 7:12 PM