MAYAT pendaki yang ditemui dari tinjauan helikopter di sekitar kawasan gunung Nanda Devi, Himalaya. FOTO: AFP
MAYAT pendaki yang ditemui dari tinjauan helikopter di sekitar kawasan gunung Nanda Devi, Himalaya. FOTO: AFP
Reuters

PITHORAGARH: Pihak berkuasa India melakukan persediaan untuk mengeluarkan mayat lima pendaki yang dipercayai terbunuh akibat runtuhan salji di gunung Nanda Devi, Himalaya.

Operasi itu dijangka mengambil masa selama beberapa hari, kata pihak berkuasa hari ini.

Lapan pendaki terdiri daripada empat warga negara British, dua dari Amerika Syarikat dan seorang dari India serta Australia dilaporkan hilang, Jumaat lalu selepas mereka gagal kembali ke kem berhampiran Nanda Devi.

Susulan itu, lima mayat yang hampir tertimbus dalam salji ditemui ketika operasi mencari menggunakan helikopter tentera darat, semalam.

Setakat ini, belum ada sebarang perkembangan mengenai nasib tiga pendaki lain dan pihak berkuasa berkata peluang mereka masih hidup adalah tipis.

Mayat mereka dipercayai berhampiran dengan mayat lima pendaki berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2019 @ 8:04 PM