PAPPU membonceng motosikal yang ditunggang Sah sambil memegang mayat isterinya untuk dibawa pulang ke kampung. FOTO HT
PAPPU membonceng motosikal yang ditunggang Sah sambil memegang mayat isterinya untuk dibawa pulang ke kampung. FOTO HT
Agensi

Purnia, India: Seorang lelaki miskin terpaksa membawa mayat isterinya menaiki motosikal untuk pulang ke kampung selepas tidak mendapat perkhidmatan ambulans di hospital dan tidak mampu menyewa van mayat.

Shankar Sah, 60, dari kampung Ranibari di daerah Purnia di negeri Bihar berkata, isterinya, Susheela Devi, 50, meninggal dunia kerana sakit di sebuah hospital kerajaan pada Jumaat lalu.

“Petugas hospital mengarahkan membawa pulang mayat isteri tetapi apabila saya meminta sebuah kenderaan mereka memberitahu saya perlu uruskan sendiri,” katanya.

Sah kemudian berjumpa seorang pemandu ambulans tetapi lelaki itu meminta bayaran sebanyak Rs2,500 (RM166) yang tidak mampu dibayarnya.

Kerana tiada pilihan, Sah dan anak lelakinya, Pappu terpaksa membawa mayat isterinya pulang ke kampung menaiki motosikal untuk upacara pengebumian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2017 @ 8:14 AM