“Ben & Jerry’s megneluarkan perisa PeCan Resist. FOTO/AGENSI
“Ben & Jerry’s megneluarkan perisa PeCan Resist. FOTO/AGENSI
AFP

WASHINGTON: Syarikat pengeluar ais krim Ben & Jerry melancarkan perisa baru, PeCan Resist, minggu ini bagi menyokong kumpulan anti-Presiden Donald Trump.

“Ben & Jerry’s tidak boleh mendiamkan diri dengan dasar Trump yang menyerang dan menyekat kemajuan beberapa dekad mengenai perkauman dan ekuiti jantina, perubahan suhu dan hak pelarian dan pendatang,” kata syarikat berkenaan dalam kenyataan.

Ia memperkenalkan perisa baru itu, ais krim coklat dengan kepingan putih dan hitam gula-gula lembut, pecan, kekacang dan badam, dengan trak ais krim di Washington minggu ini.

Perisa itu yang ‘meraikan aktivis yang berterusan menentang penindasan, amalan menjejaskan alam sekitar dan ketidakadilan’ didatangkan dengan sumbangan AS$25,000 (RM104,000) kepada empat kumpulan aktivis.

Pelanggan juga digesa ‘menyertai penentangan’.

Perisa PeCAN Resist! akan tersedia untuk waktu terhad di kedai dan tempahan menerusi atas talian, kata jurucakap syarikat itu.

Pengasas syarikat, Ben Cohen dan Jerry Greenfield, yang menjual firma itu kepada Unilever pada 2000, mengambil idea selanjutnya, menghasilkan tujuh perisa bagi calon yang bertanding menentang Republican pada pilihan raya pertengahan penggal kelmarin.

Dalam video yang menunjukkan pekerja menghasilkan ais krim di dapur, Cohen berkata mereka menyokong ‘calon progresif yang boleh menghalang Trump dan menukar Kongres’.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 3:16 PM