BENDERA dengan perkataan ‘Resist’ dikibarkan aktivis Greenpeace sebagai bantahan terhadap Presiden Donald Trump/ FOTO AFP
BENDERA dengan perkataan ‘Resist’ dikibarkan aktivis Greenpeace sebagai bantahan terhadap Presiden Donald Trump/ FOTO AFP
AFP

Washington: Aktivis Greenpeace mengibarkan bendera besar dengan perkataan 'Resist' atau 'lawan' dari kren berhampiran White House pada Rabu sebagai bantahan terhadap Presiden Donald Trump.

Kumpulan alam sekitar itu berkata di Facebook bahawa perbuatan itu mensasarkan penafian Trump terhadap isu iklim, perkauman, kebencian terhadap wanita, homofobia dan ketaksuban.

Tujuh aktivis memanjat kren dan menggantung bendera bersaiz 20 meter lebar dan 10 meter tinggi dengan perkataan 'Resist' berwara hitam dengan latar belakang kuning.

Mereka kekal di sana setakat pertengahan pagi tadi (waktu tempatan), kata Greenpeace.

Bendera itu kelihatan dari kediaman White House.

"Rakyat negara ini bersedia untuk bangkit dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," kata Penegerusi Greenpeace Inc, Karen Topakian.

"Walaupun kelakuan Trump yang menghina dan tidak menghormati institusi demokrasi menakutkan saya, saya begitu bersemangat dengan kemajuan yang semakin berkembang di setiap negeri. Greenpeace tidak melakukan kekerasan bagi menentang pembuli zalim sejak 1971 dan kami tidak akan berhenti sekarang," katanya.

Lokasi kren itu di 15th Street ditutup kepada lalu lintas.

Sementara itu, jurucakap polis, Aquita Brown berkata, difahamkan terdapat tujuh orang yang membuat bantahan di atas kren itu.

"Kami menerima panggilan berhubung orang berkelakuan tidak senonoh pada persimpangan 15th Street dan L. Apagila kami tiba, terdapat dua orang dirantai pada kren itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 2:12 AM