EFE

New York: Sebuah trak di bandar ini menjual aiskrim Eat the Rich yang memaparkan wajah lelaki terkaya di dunia.

EFE melaporkan, aiskrim dinamakan sebagai Munch Musk, Suck Zuck, Snack on Jack, Gobble Gates dan Bite Bezos.

Perisa itu dinamakan sempena nama lima bilionair, Elon Musk, Mark Zuckerberg (pengasas Facebook),Jeff Bezos (Pengerusi Eksekutif Amazon), Bill Gates (pengasas Microsoft) dan Jack Ma (pengasas syarikat Alibaba).

SEORANG pelanggan trak aiskrim berkenaan. FOTO Reuters
SEORANG pelanggan trak aiskrim berkenaan. FOTO Reuters

Aiskrim itu dijual pada harga AS$10 (kira-kira RM44) setiap satu, dan ia dikatakan agak mahal walaupun mengambil kira kos sara hidup di bandar ini.

Menurut jurujual trak aiskrim itu, Munch Musk dengan bentuk wajah pengasas Tesla, menjadi aiskrim terlaris.

Trak aiskrim itu akan bergerak dari Brooklyn ke Manhattan di sini dan akan turut singgah di Los Angeles.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2022 @ 2:55 PM