GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

RUSE: Seorang lelaki Romania ditahan sebagai sebahagian siasatan pembunuhan wartawan Bulgaria, kata polis hari ini.

“Kami menahan seorang lelaki. Kami masih memeriksa alibinya, jadi dia belum lagi suspek melakukan jenayah,” kata ketua pesuruhjaya polis Ruse, Teodor Atanasov.

Lelaki berkenaan ditahan selama 24 jam.

Pembunuhan kejam Viktoria Marinova, 30, yang menjadi hos program ‘Detector’ untuk saluran televisyen TVN, mengejutkan negara itu dan mengundang kecaman antarabangsa.

Mayat wanita berkenaan ditemui di taman di Ruse Sabtu lalu.

Pihak berkuasa berkata, beliau meninggal dunia akibat pukulan di kepala dan lemas. Mangsa juga dirogol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Oktober 2018 @ 9:02 PM