SEO YE JI
SEO YE JI
Agensi

PERNAH menjadi tarikan sekumpulan lelaki di kolam renang ketika meningkat remaja meyebabkan pelakon wanita popular Korea, Seo Ye Ji trauma memakai pakaian mandi atau bikini.

 Seo Ye Ji, 30, tampil menceritakan pengalaman pahit dialaminya itu ketika ditemubual dalam program Knowing Bros JTBC, baru-baru ini.

 Katanya kejadian itu berlaku ketika dia bersekolah di Sepanyol dan seorang nenek memintanya memakai bikini untuk mandi di kolam renang.

 "Saya diganggu lelaki-lelaki itu hingga berasa kurang selesa. Situasi berkenaan membuatkan saya trauma dan takkan memakai pakaian mandi lagi.

 "Pengalamannya sangat sukar dilupakan hingga kini. Saya memang enggan jika diminta memakai bikini kerana sangat malu," katanya.

 Seo Ye Ji  yang memiliki berat 43 kilogram dan bertubuh langsing tidak mahu reputasi diri dan imejnya jatuh dengan cara berpakaian kurang senonoh.

 Semakin melonjak dengan drama It's Okay to Not Be Okay di saluran tvN, ramai peminat menantikan kemunculan Seo Ye Ji dengan pakaian mandi.

  Apapun, perkara itu mungkin mustahil berlaku kerana Seo Ye Ji bersikap tegas mengenai keengganannya tampil berbikini.

 Ditambah lagi, bakat lakonan yang mantap dan cukup dikagumi, Seo Ye Ji juga menjadi ikon fesyen di Korea apabila imejnya begitu mendapat perhatian peminat.

  Kini berganding dengan pelakon Kim Soo-hyun dalam drama It's Okay to Not Be Okay, Seo Ye Ji melakonkan watak Ko Moon-young iaitu seorang penulis buku kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 1:13 PM