SEORANG lelaki China kesakitan menahan tusukan duri ikan pari.  FOTO/WEIBO
SEORANG lelaki China kesakitan menahan tusukan duri ikan pari. FOTO/WEIBO
Agensi

Beijing: Ini mungkin hari paling malang bagi seorang lelaki di China ini apabila kemaluannya ditusuk duri ikan pari ketika berenang di sebuah pantai di selatan negara itu baru-baru ini.

Media melaporkan, lelaki yang tidak didedahkan identiti itu berenang di sebuah pantai di bandar Sanya di wilayah Hainan pada 1 September lalu.

Secara tiba-tiba lelaki itu menjerit kesakitan sebelum berlari ke pantai dengan seekor ikan pari tergantung di bahagian hadapan seluarnya.

Dalam video yang tular menunjukkan lelaki itu berbaring di pantai dan mengerang kesakitan serta dikelilingi orang ramai dan anggota polis yang cuba membantu mencabut duri ikan pari berkenaan.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu terbaring di pantai dan seekor ikan pari yang sudah mati berada di sebelahnya.

Bagaimana duri ikan pari itu boleh tercucuk di kemaluan mangsa tidak dapat dipastikan.

Seorang anggota bomba yang datang untuk memberi bantuan memberitahu, mereka tiada peralatan sesuai untuk mencabut duri ikan pari itu daripada kemaluan mangsa.

“Bagaimanapun, pasukan paramedik meminta kami memotong duri berkenaan sebelum membawanya ke hospital,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 9:19 PM