I-BERHAD memperkenalkan Finance Avenue di i-City yang dijangka menjadi pemangkin dalam membentuk landasan pelancaran yang sempurna untuk meningkatkan pertumbuhan Kumpulan kepada prestasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

I-Berhad berkata, projek berkenaan terdiri daripada kediaman BeCentral, menara korporat pintar Mercu Maybank, DoubleTree by Hilton Hotel, kediaman Hill10, pusat konvensyen antarabangsa, pejabat premium dan suite runcit.

"Finance Avenue, berfungsi sebagai hab kewangan, ialah destinasi pilihan memandangkan infrastruktur pintarnya sedia ada, membolehkan institusi kewangan dan perkhidmatan sokongan serta MNC berpindah dan beroperasi dengan lancar di i-City.

"Kami jangka Finance Avenue di i-City menarik bukan sahaja institusi kewangan untuk menubuhkan pejabat di i-City, tetapi juga menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan i-City dalam meningkatkan Bandar Pintar AI Generasi Akan datang ke tahap lebih tinggi dengan memperkenalkan kemudahan pintar untuk komuniti yang tinggal, bermain dan bekerja di sini," katanya.

Dengan pembukaan DoubleTree by Hilton Hotel yang dijangka pada suku ketiga 2022 sebagai sebahagian daripada pembangunan bersepadu dalam Finance Avenue di i-City mentakrifkan semula pengalaman mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

"Kumpulan yakin dengan pembukaan semula ekonomi, ketiga-tiga segmen menyumbang secara positif kepada pertumbuhan masa depan Kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2022 @ 7:01 AM