IDHAM  (kanan) pada pelancaran Celcom MAX.
IDHAM (kanan) pada pelancaran Celcom MAX.

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan konvergens terbaharu Celcom MAX, penyelesaian sehenti daripada Celcom untuk perkhidmatan internet dan kesalinghubungan kediaman dan mudah alih pada harga lebih rendah.

Ia membolehkan pelanggan memaksimumkan gaya hidup digital di kediaman mereka mahupun di mana sahaja mereka berada.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi berkata, semakin ramai rakyat Malaysia kini terbabit secara langsung dalam ekosistem digital, sekali gus mengubah cara bekerja, belajar, bersantai dan bermain.

"Hubungan internet sudah menjadi keperluan dalam sebahagian besar aktiviti harian dan gaya hidup, sama ada ketika di rumah atau berada di luar.

"Celcom MAX adalah penyelesaian sehenti bagi kediaman dan mudah alih yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan.

"Internet yang lancar, kukuh dan konsisten tersedia pada bila-bila masa membolehkan pengguna memaksimumkan gaya hidup digital mereka yang unik, sama ada menyertai mesyuarat atau kelas atas talian, penstriman video hiburan, bermain permainan mudah alih atau melayari internet untuk mendapatkan maklumat terkini.

"Ia sesuai untuk pelbagai saiz isi rumah kerana variasi pakej mampu milik dan pelan ditawarkan memberi pelanggan penjimatan dan nilai terbaik bagi kesalinghubungan," katanya selepas melancarkan Celcom MAX secara maya, semalam.

Idham berkata, Celcom MAX menggabungkan kedua-dua pelan internet fiber berkelajuan tinggi tanpa had Celcom Home Fibre dan pelan pascabayar Celcom MEGA dalam satu pelan dan bil yang sama.

Celcom MAX baharu ditawarkan dengan kadar promosi RM179 sebulan dengan gabungan terbaik Celcom Home Fibre (RM120) dan pelan pascabayar Celcom MEGA (RM80).

Gabungan tawaran terhebat ini merangkumi penjimatan RM21 setiap bulan selama seumur hidup dengan 100Mbps internet berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan tanpa had di talian mudah alih dan router AX percuma untuk kediaman.

Selain itu, mulai 6 April sehingga 9 April 2021, 100 pelanggan pertama yang melanggan pelan Celcom MAX 100Mbps atau lebih tinggi akan menikmati sebulan bil secara percuma.

Katanya, pelanggan juga boleh memilih untuk tambahan Celcom Mesh Wi-Fi hanya pada RM25 untuk sepasang (dua unit) selama 24 bulan, membolehkan penggunaan teknologi mesh untuk memperluas liputan Wi-Fi di kediaman serta memperbaiki liputan WiFi di lokasi yang agak lemah, mengurangkan kawasan titik lemah atau terlindung.

Bagi isi rumah yang menggunakan internet melalui pelbagai peranti pada suatu masa, pelanggan boleh memilih Celcom MAX 500Mbps, Celcom Home Fibre (RM179) dan pelan pascabayar Celcom MEGA (RM80) hanya pada RM259 sebulan yang turut merangkumi sepasang Mesh Wi-Fi percuma dan akses tanpa had kepada kandungan hiburan daripada IQIYI atau iflix selama enam bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 6:00 AM