TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. FOTO Bernama
TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. FOTO Bernama
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang pernah diluluskan Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan 2.0 akan menerima GKP Tambahan mulai 25 Mac ini.

Ia membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata, di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

"GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

"Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 5:26 PM