Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Bisnes HM


KEMENTERIAN Kewangan membuka rayuan untuk permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 mulai 7 hingga 21 Disember ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rayuan berkenaan dibuka bagi memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen

sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Katanya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

"Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP

2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

"Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya

terutamanya PKS mikro dan bantuan seperti GKP dan GKP 2.0 adalah komitmen

berterusan kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bagi memastikan PKS mikro benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan termasuk LHDNM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa

tempatan (PBT).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 4:22 PM