UMW Toyota Motor (UMWT) umum Kempen Servis Khas (SSC) untuk Toyota Hilux dan Fortuner.
UMW Toyota Motor (UMWT) umum Kempen Servis Khas (SSC) untuk Toyota Hilux dan Fortuner.
Lizam Ridzuan

 

 

UMW Toyota Motor (UMWT) sebagai pengedar utama kenderaan Toyota dan Lexus di negara ini mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) bagi  pemeriksaan dan penggantian 'booster' brek untuk model Hilux dan Fortuner.

  Melalui maklumat diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC) ia melibatkan 12,997 unit kenderaan Toyota Hilux (11,571) dan Fortuner (1,426) daripada model tahun pengeluaran Julai 2018 sehingga Januari 2019.

   Model selain tempoh tersebut tidak terlibat dalam kempen SSC yang dijalankan oleh UMWT ini.

  Penggantian ini perlu bagi memastikan omboh 'resin' dalam 'booster' brek berfungsi bagi memastikan prestasi membrek di tahap terbaik.

     UMWT akan menghantar surat pemberitahuan 

kepada pemilik yang terjejas dan semua proses pemeriksaan atau penggantian adalah percuma.

  Untuk keterangan lanjut, pemilik kereta-kereta terjejas boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis Toyota rasmi atau Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 8:30 AM