UMW Toyota Motor Sdn Bhd.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd.
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pengedar rasmi kenderaan Toyota dan Lexus di negara ini mengambil langkah proaktif demi keselamatan pengguna melalui Kempen Servis Istimewa bagi menggantikan pam bahan api untuk beberapa model terpilih.

Melalui makumat yang diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC) terdapat lebih 12,000 model Toyota meliputi Alphard, Camry Corolla, Innova dan Fortuner terbabit dalam kempen ini.

Untuk model Lexus pula, sekitar 1,500 unit daripada model GS300, GS350, IS300, LC500/500H, LS460, LS500/500H, LS600H, NX200T/300H, RC350/300H, RX350/450H dan RX350/450.

Kempen ini hanya membabitkan model Toyota dan Lexus tahun pembuatan dari 2013 hingga 2019 melalui edaran UMWT.

Penggantian ini perlu dilakukan oleh pemilik bagi mengelakkan pam bahan api itu tidak berfungsi yang mana lampu amaran dan mesej akan terpapar di panel meter.

Ia akan mengakibatkan kuasa enjin tersekat serta tidak boleh dihidupkan yang mengundang risiko berlakunya kemalangan pada kelajuan tinggi.

UMWT juga berkata, setiap kos penggantian adalah percuma namun proses penggantian bergantung kepada model setiap kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 4:28 PM