Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki (Kanan) melancarkan Toyota Hilux dan Fortuner serba baru, hari ini. FOTO Lizam Ridzuan
Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki (Kanan) melancarkan Toyota Hilux dan Fortuner serba baru, hari ini. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Shah Alam: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pengedar dan pengimport sah jenama kenderaan Toyota di Malaysia memperkenalkan model serba baru Toyota Hilux dan Fortuner hari ini.

Toyota Hilux trak pikap paling laris di Malaysia sejak 10 tahun lalu tampil untuk generasi kelapan manakala SUV Fortuner dalam generasi kedua berkongsi platform yang sama serta dipasang di kilang UMWT Shah Alam, Selangor.

Hilux baru didatangkan dengan 6 varian menerusi konfigurasi Double Cab dan Single Cab bersama pilihan enjin 2.4 liter dan 2.8 liter pada harga atas jalan bermula RM90,000 hingga RM134,000.

Manakala Fortuner baru dihadirkan dengan dua varian dengan dua pilihan enjin 2.4 liter turbodiesel dan 2.7 liter petrol pada harga bermula RM186,900 hingga RM199,900.

Pelbagai ciri baru antaranya seperti Active Traction Control (A-TRC) yang memaksimumkan cengkaman kenderaan semasa memandu di permukaan jalan mencabar terdapat pada kedua-dua model bagi meningkatkan keyakinan pemanduan.

Toyota Hilux didatangkan dengan lima tahun waranti serta akan berada di semua bilik pameran di seluruh negara bermula hari ini manakala untuk Fortuner akan diberitahu kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 12:57 PM