Bazlan Osman.
Bazlan Osman.
Bisnes HM


GLOMAC Bhd melantik Datuk Bazlan Osman sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuatkuasa 24 Julai lalu.

Bazlan, 56, mempunyai pengalaman luas kepimpinan dan pengurusan kanan dari segi strategi, pembangunan perniagaan, pengurusan kewangan, operasi serta penggabungan dan pengambilalihan (M&A) pelbagai sektor khususnya teknologi, media & telekomunikasi, konglomerat, perkhidmatan kewangan dan industri asas tani.

Sebelum pelantikannya di Glomac, beliau adalah Pengarah Eksekutif Telekom Malaysia Bhd (TM) dari April 2008 hingga Februari 2019 dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM dari Mei 2005 hingga dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada April 2017.

Ketika ini, beliau adalah ahli Lembaga Pengarah Citibank Bhd, Fima Corporation Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 8:36 PM