GLOMAC Dahlia Sari @ Saujana Perdana menurut ilustrasi artis.
GLOMAC Dahlia Sari @ Saujana Perdana menurut ilustrasi artis.
HM Digital

GLOMAC Berhad (Glomac) melancarkan kempen terbaharu dengan hadiah utama iaitu cabutan bertuah berupa Proton X50.

Pelancaran itu diumumkan pada majlis penyerahan kecil-kecilan Proton X70 kepada pemenang bertuah pertandingan Cabutan Bertuah sempena Kempen Ulang Tahun ke-30 Glomac.

Kempen baharu itu yang berlangsung sehingga 30 November depan juga menawarkan hadiah hebat lain, pakej penjualan yang menarik dan insentif tunai selain daripada Proton X50 untuk dimenangi pembeli rumah.

Pengurus Besar Penjualan dan Pemasaran Glomac, Kim Neoh berkata, 'Something For Everyone' juga menampilkan peraduan maya yang membolehkan peserta memenangi hadiah bulanan seperti baucar beli-belah, telefon bimbit iPhone 12, tablet Samsung dan banyak lagi.

"Peraduan bermula pada pertengahan September lalu dan berlangsung sehingga akhir kempen," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib berkata, kempen 'Something For Everyone' adalah salah satu daripada siri kempen yang dimulakan Glomac sejak setahun yang lalu.

GLOMAC Plaza @ Kelana Jaya menurut ilustrasi artis.
GLOMAC Plaza @ Kelana Jaya menurut ilustrasi artis.

"Kempen Glomac sebelumnya seperti Kempen CNY, Kempen HappyNest dan Kempen 3R memberi kami gambaran lebih jelas mengenai minat serta kecenderungan pelanggan mengenai jenis promosi.

"Dengan tindakan pantas seiring kekangan pandemik Covid-19 yang bermula sejak tahun lalu, Glomac mengambil inisiatif untuk meningkatkan pembabitan pelanggan secara dalam talian," katanya.

Tambahnya, Glomac juga mewujudkan unit pameran rumah maya dan proses e-booking yang kini menjadi sebahagian daripada norma baharu.

"Pembeli rumah yang membeli mana-mana rumah Glomac berharga RM300,000 dan ke atas sepanjang tempoh kempen berlangsung berpeluang memenangi Proton X50 dan hadiah lain," katanya.

Tambahnya, Glomac kini dalam proses pembinaan projek pembangunan bertingkat tinggi iaitu 121 Residences dan Plaza @ Kelana Jaya dan pembangunan atas tanah seperti Primrose (Saujana KLIA, Sepang), Dahlia Sari (Saujana Perdana, Sungai Buloh) di Selangor dan Freesia (Saujana Jaya, Kulai) di Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 6:42 AM