NORASMAH memanfaatkan pati serai wangi dimajukan melalui R&D Mardi Kuala Linggi untuk menghasilkan sabun serai wangi.
NORASMAH memanfaatkan pati serai wangi dimajukan melalui R&D Mardi Kuala Linggi untuk menghasilkan sabun serai wangi.

SEORANG usahawan pembuatan sabun berasaskan serai wangi membuktikan pati dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Kuala Linggi di sini, berkualiti tinggi dan mampu berkongsi pasaran tempatan.

Meskipun tidak mampu mendominasi pasaran sepenuhnya, sabun herba serai wangi yang dihasilkan Norasmah Abdul Ghani, 57, mampu mendapat permintaan yang baik terutama dalam kalangan pengguna Islam.

Sejak lapan tahun lalu, usahawan itu memanfaatkan penghasilan pati berasaskan herba yang dihasilkan melalui R&D Mardi dengan menyertai skim inkubator diasaskan agensi berkenaan kerana yakin Mardi mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi.

"Dari semasa ke semasa saya mengikuti kursus dianjurkan Mardi untuk mendalami kaedah pembuatan sabun herba yang amat jarang diceburi usahawan Bumiputera.

"Alhamdulillah, pati serai wangi yang dihasilkan Mardi berjaya saya manfaatkan untuk menghasilkan sabun yang bukan setakat mampu membersihkan badan daripada kotoran dan daki, malah merawat kulit bagi memeliharanya daripada mengalami kesan penuaan," katanya ketika ditemui di Mardi berkenaan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 7:01 AM