ALBERN berucap pada Media invite Digi Digital Day 2018 di D’House. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ALBERN berucap pada Media invite Digi Digital Day 2018 di D’House. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Digi.com Berhad (Digi) mencatatkan pendapatan yang memberangsangkan pada suku pertama tahun ini disokong peningkatan kepada 11.3 juta pelanggan bagi segmen pascabayar dan penggunaan Internet menerusi rangkaian syarikat itu.

Perolehan syarikat pada suku berkenaan berjumlah RM1.44 bilion dengan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Amortisasi (EBITDA) sebanyak RM723 juta atau 48 peratus daripada margin manakala, aliran tunai pada RM555 juta bersandarkan kepada pengurusan kewangan yang cekap.

Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty berkata, pada suku sama, kumpulan melabur sebanyak RM168 juta bagi belanja modal dalam menaik taraf teknologi maklumat (IT) dan kapasiti rangkaian, pengembangan rangkaian gentian dan penggunaan Fungsi Rangkaian Maya (NFV).

Beliau berkata, liputan populasi rangkaian ketika ini adalah pada tahap 4G LTE (89 peratus) dan LTE-A (67 peratus) yang disokong oleh rangkaian gentian sepanjang 8,400 kilometer.

“Syarikat terus memfokuskan untuk membangunkan portfolio pascabayar yang lebih kukuh dan pelbagai jenis tawaran perkhidmatan Internet sebagai usaha untuk meningkatkan pengalaman digital pelanggan Digi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 9:00 AM