GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Syarifah Dayana Syed Bakri


AIRASIA Group Bhd akan menghentikan kutipan fi RM3 bagi semua pelepasan penerbangan dari terminal klia2 mulai hari ini, dalam usaha untuk mengekalkan kadar tambang udara yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, pihaknya sudah nyatakan sejak awal lagi bahawa Klia2 tidak sesuai untuk operasi penerbangan tambang rendah.

“Kami akan dapatkan terus semua kos tambahan daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fi klia2 diperkenal pada Mei 2014 bagi menampung kos tambahan di lapangan terbang susulan penggunaan mandatori kemudahan yang dikenakan oleh MAHB.

Ini termasuk jambatan udara dan SITA (pengurusan lapangan terbang) sistem pemeriksaan masuk dan menaiki pesawat berbanding Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 7:00 PM