HAMILTON bersama kereta Pagani Zonda. FOTO Car Scoops
HAMILTON bersama kereta Pagani Zonda. FOTO Car Scoops
Agensi

London: Lewis Hamilton meraih keuntungan £7 juta (RM39.43 juta) selepas menjual kereta Pagani Zonda miliknya dengan harga £8.5 juta (RM47.88 juta).

Jaguh Britain berusia 36 tahun itu membeli kereta mewah terbabit dengan harga £1.6 juta (RM9 juta) yang dibuat khusus untuk juara dunia F1 tujuh kali itu.

Menurut majalah Itali, Quattroruote, Hamilton kini telah berpisah dengan Pagani Zonda 760 LH.

Kereta berwarna ungu itu ditempah oleh pelumba Mercedes daripada Horacio Pagani tujuh tahun lalu. Menurut mereka Hamilton membuat keputusan menjual kereta edisi terhad itu dengan alasan mahu mencuba kereta elektrik pada masa depan.

Zonda 760 LH mampu mencapai kelajuan 349 kmj dan memecut 0-96kmj dalam masa kurang tiga saat.

Hamilton mempunyai detik hitam bersama kereta itu apabila terbabas dan melanggar tiga kereta lain di Monte Carlo pada 2015 menjelang Grand Prix Brazil.

Dia menjelaskan nahas berlaku akibat terlalu berparti pada malam sebelum kejadian dan kekurangan tidur yang menyebabkan dia gawal mengawal kenderaan.

Hamilton gagal dalam misinya menjuarai gelaran dunia kelapan bulan lalu selepas Max Verstappen memenangi perlumbaan terakhir musim 2012 di Abu Dhabi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 11:32 AM