Peminat Rory McIlroy tidak berpuas hati apabila anugerah Personaliti Sukan Terbaik BBC menjadi milik Lewis Hamilton.

Namun beberapa minit selepas pemandu Formula Satu menerima anugerah itu juara dunia Formula Satu (F1) itu diserang bertalu-talu menerusi laman sosial Twitter kerana menetap di Switzerland dan gagal membayar cukai British.

Hamilton menerima undian sebanyak 33.8 peratus selepas menjadi pemandu keempat British memenangi gelaran F1 lebih dari sekali dan menewaskan pemain golf McIlroy yang menjadi calon pilihan memenangi anugerah itu.

Beberapa kritikan mempersoalkan kejayaan Hamilton yang dianggap tidak layak menerima anugerah dari BBC (dibiayai oleh penduduk yang membayar lesen) dengan pemandu itu menetap di luar negara dan tidak membayar cukai penuh British.

Pemain bola sepak Joey Barton mempertikaikan kemenangan Hamilton dan mengatakan bahawa pemandu itu tidak layak memenangi anugerah itu.

Dia berkata, orang yang tidak membayar cukai harus dikecualikan dari memenangi sebarang trofi yang 'dibayar dan diundi oleh mereka yang membayar cukai atau lesen.'

"Dia tidak sepatutnya menang. Dia menjadi contoh tidak baik kepada rakyat Britain yang lain. Perkara itu sudah ditetapkan dan ia menjadi satu hari yang buruk dalam sejarah negara itu".

Tambah menjengkelkan adalah apabila Hamilton memuat naik video gambar dia berada dalam jet peribadinya.

Namun persoalannya berapa banyak wang yang Hamilton miliki hasil daripada mengelak membayar cukai British?

Menurut senarai Times Rich List 2014 dia dianggarkan memiliki kekayaan bernilai £ 68 juta (RM372.8 juta) sebelum merangkul gelaran juara F1 dan kejayaan bergelar juara dunia pastinya menjadikannya lebih kaya.

Walaupun dengan jumlah pendapatan bernilai £ 68 juta (RM372.8 juta) Hamilton mampu untuk membeli bermacam-macam antaranya:

1) 438 keluaran terkini Aston Martin 

V12 Vantage S Roadster mampu mencapai kelajuan 201 batu sejam (bsj) dan mampu untuk memecut mencapai kelajuan 60bsj dalam masa 3.9 saat.

2) Tiga daripada jet peribadi berharga £20 juta (RM109.6 juta)

Hamilton dilaporkan membeli jet peribadi untuk lebih mudah menjalinkan hubungan jarak jauh dengan kekasihnya, Nicole Scherzinger seberapa kerap yang mungkin.

3) 113 rumah besar lengkap dijaga oleh polis

Rumah mempunyai 28 bilik tidur di Bideford, Devon, di jual dengan harga £600,000 (RM3.2 juta) bulan lalu.

4) 314,814 jam jenama Apple

Hamilton mempunyai banyak pilihan untuk memakai jam tangan namun dia pasti mampu membeli produk Apple yang terkini sebagai hadiah Krismas.

5) 475 Passant Guardants

Antara jenama minyak wangi termahal di dunia Clive Christian bernilai £143,000 (RM783,000) dan dijual di dalam botol diselaputi berlian dan emas 24 karat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 5:04 AM