HAMILTON melambai penonton di Litar Suzuka.
HAMILTON melambai penonton di Litar Suzuka.
Agensi

London: Lewis Hamilton berkata, integriti Formula Satu (F1) akan musnah jika Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) gagal menghukum pasukan yang mengingkari had siling bajet kewangan.

Sejak minggu lalu tersebar berita mendakwa Red Bull dan Aston Martin tidak mematuhi had ditetapkan untuk membangunkan jentera mereka musim lalu.

Laporan audit pasukan untuk 2021 sepatutnya diumumkan 5 Oktober tetapi FIA menangguhkannya sehingga selepas tamat Grand Prix Jepun.

Menurut Hamilton, sebarang pelanggaran peraturan perlu dihukum jika mahu integriti sukan F1 kekal terpelihara.

Hamilton berkata: "Saya fikir ia amat penting untuk ketelusan. Saya aras kita perlu jujur dan telus kepada peminat dan demi integriti sukan ini."

Had siling bajet iaitu peraturan baharu diperkenalkan bagi menjadikan F1 lebih berdaya saing dan adil apabila membenarkan pasukan mengeluarkan bajet sehingga £114 juta (RM588 juta) bagi membangunkan jentera mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 12:41 PM