LEWIS Hamilton. FOTO AFP
LEWIS Hamilton. FOTO AFP
Agensi

London: Lewis Hamilton membidas dan mendakwa Grand Prix Abu Dhabi 'dimanipulasi' selepas tewas kepada seteru utama, Max Verstappen sekali gus terlepas untuk muncul juara dunia.

Dalam rakaman audio radio dan kamera yang tidak pernah didengar sebelum ini, Hamilton mempersoalkan apa yang berlaku ketika perlumbaan mencapai kemuncak yang menyaksikan Verstappen mendahuluinya menuju ke garisan penamat.

Verstappen memenangi perlumbaan itu dengan diselubungi kontroversi apabila memotong Hamilton pada pusingan terakhir selepas berada di belakang kereta keselamatan.

Selepas perlumbaan, Hamilton menerima kekalahan itu tetapi rakaman radio jelas menyaksikan dia tidak berpuas hati.

Hamilton menjerit di radio pasukan apabila berkata: "Ia sudah dimanipulasi."

Apa yang dikatakan Hamilton itu tidak disiarkan di televisyen tetapi sudah mula viral di media sosial.

Rakan pemandu, Lando Norris turut bersetuju dengan pandangan bahawa insiden di pusingan terakhir itu sudah dirancang.

"Ia jelas dibuat untuk menghangatkan keadaan. Sudah tentu ia adalah untuk TV," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 10:36 PM