HAMILTON meraikan kejayaannya. FOTO AFP
HAMILTON meraikan kejayaannya. FOTO AFP
AFP

Sochi: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Russia untuk kemenangan peribadi ke-100 pada saingan Formula Satu (F1), hari ini.

Juara dunia tujuh kali itu meraih pencapaian berkenaan bersama jentera Mercedes selepas tersekat di angka 99 sejak Grand Prix British, Julai lalu.

Hamilton juga mendahului kejuaraan dunia dengan kelebihan dua mata di depan Max Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Sebaik meraih pencapaian itu 14 tahun selepas dia memenangi perlumbaan pertama di Kanada, Hamilton memberitahu di radio pasukan: "Ia adalah kerja keras semua pihak."

Pemandu Britain berusia 36 tahun itu tampak tersekat di angka 99 lagi selepas pemandu McLaren, Lando Norris mendahului perlumbaan.

Namun ketika berbaki lima pusingan, hujan menyebabkan rata-rata pemandu termasuk Norris terbabas dengan Hamilton konsisten di depan untuk meraih kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 10:35 PM