RICCIARDO meraikan kejayaan menakluk GP Itali bersama krew pasukan. FOTO AFP
RICCIARDO meraikan kejayaan menakluk GP Itali bersama krew pasukan. FOTO AFP
AFP

Monza: Daniel Ricciardo muncul juara Grand Prix (GP) selepas pelumba Australia itu mengambil kesempatan di atas kemalangan dramatik yang menimpa Lewis Hamilton dan Max Verstappen tatkala kedua-duanya tersingkir dari perlumbaan.

Kejayaan Ricciardo yang diiringi rakan sepasukan McLaren, Lando Norris di tempat kedua, adalah kemenangan pertama pasukan Britain itu sejak muncul juara di GP Brazil pada 2012, manakala seorang lagi wakil Mercedes, Valtteri Bottas di kedudukan ketiga.

Verstappen dari Red Bull masih lagi memimpin kedudukan keseluruhan dengan lima mata mengatasi juara dunia tujuh kali, Hamilton.

Ricciardo, 32, terus memberikan aksi bertenaga selepas bermula dari petak kedua dan kemalangan dramatik di Monza ketika Hamilton keluar dari melakukan hentian pit digunakan sebaiknya.

Verstappen dikatakan berang dengan Hamilton, kerana seterunya itu tidak memberikan ruang tatkala kemalangan berkenaan akan disiasat oleh pegawai perlumbaan selepas saja aksi berkenaan berakhir.

Kejayaan satu, dua Ricciardo dan Norris adalah yang pertama sejak 11 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 11:03 PM