NISHIOKA berjaya menamatkan cabaran Rublev di Washington. FOTO EPA
NISHIOKA berjaya menamatkan cabaran Rublev di Washington. FOTO EPA
AFP

Washington: Yoshihito Nishioka dari Jepun mengejutkan pemain ranking kelapan dunia, Andrey Rublev menyertai naib juara Wimbledon Nick Kyrgios ke final Terbuka Washington.

Nishioka, pemain kidal di ranking ke-96 dunia, mengejutkan pilihan utama Rublev selepas menang 6-3, 6-4 dalam tempoh 80 minit untuk menempah final jelajah ATP pertamanya sejak 2020 di Delray Beach.

"Saya mahu menikmati akhir dan hanya ingin memberikan permainan terbaik," kata Nishioka.

Kyrgios, pemain ranking ke-63 dunia dari Australia menyingkirkan wakil Sweden, Mikael Ymer 7-6 (7/4), 6-3 dan mara ke pusingan akhir peringkat jelajah berturut-turut buat kali pertama dalam kerjayanya.

Pemain Australia berusia 27 tahun itu, yang tewas kepada Novak Djokovic bulan lalu dalam final Grand Slam pertamanya, memenangi gelaran ATP buat kali terakhir di Washington pada 2019.

"Ia adalah perlawanan separuh akhir yang sukar dan saya gembira berada di final sekali lagi," kata Krygios.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 2:43 PM