MEDVEDEV melakukan servis kepada Rublev pada suku akhir. — FOTO EPA
MEDVEDEV melakukan servis kepada Rublev pada suku akhir. — FOTO EPA
AFP

DANIIL Medvedev layak ke separuh akhir kelima berturut-turut semalam selepas kemenangan dua set terus ke atas rakan senegara dari Russia, Andrey Rublev di Saint Petersburg.

Pemain nombor empat dunia yang tewas aksi epik final Terbuka AS di tangan Rafael Nadal awal bulan ini, bangkit daripada kalah ‘break’ pada setiap set sebelum menang 6-4, 7-5.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang membida final Jelajah ATP kali kelima berturut-turut, akan berdepan pemain Belarus, Egor Gerasimov pada separuh akhir selepas pemain nombor 119 dunia itu menyingkirkan Matteo Berrettini 7-6 (7/5), 7-6 (7/3).

Borna Coric, pemain ranking ke-15 akan berdepan pemain Portugal, Joao Sousa pada satu lagi separuh akhir lewat malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 2:04 PM