ALLYSON meraikan kejayaan menduduki tempat kedua acara 400m bersama anaknya Camryn  di Eugene, Oregon. FOTO AFP
ALLYSON meraikan kejayaan menduduki tempat kedua acara 400m bersama anaknya Camryn di Eugene, Oregon. FOTO AFP
Agensi

London: Juara Olimpik enam kali, Allyson Felix melancarkan jenama kasutnya sendiri menjelang temasya di Tokyo bulan depan.

Allyson pada 2019 berkata Nike mahu membayar dia kurang 70% apabila menjadi ibu sebelum syarikat kasut itu mengubah kontrak membabitkan atlet mengandung.

Dia kemudiannya membuat keputusan tidak menyambung kontrak dan menyertai syarikat pakaian sukan wanita.

"Menjelang Sukan Olimpik tahun ini saya tidak mempunyai penaja untuk kasut lumba saya,'' kata Allyson di media sosialnya.

"Saya penat mahukan perubahan. Saya tahu saya perlu menciptanya."

Allyson, 35, kembali ke trek dua tahun lalu selepas pulih daripada komplikasi melahirkan anak perempuannya, Camryn yang terpaksa dirawat di ICU selama dua bulan.

Dia menyertai kejohanan ujian Amerika Syarikat dan layak ke Sukan Olimpik Tokyo selepas meraih tempat kedua acara 400m.

"Apabila anda melihat saya berlari, anda perlu tahu ia bukan untuk pingat,'' katanya.

"Saya berlari untuk perubahan. Saya berlari untuk keadilan yang lebih besar untuk semua orang. Saya berlari untuk wanita.

"Lebih daripada itu, saya berlari untuk masa depan di mana tiada wanita atau gadis tahu kedudukan mereka."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 12:54 PM