ALLYSON berpeluang raih emas ke-15 Kejohanan Dunia.
ALLYSON berpeluang raih emas ke-15 Kejohanan Dunia.
Agensi

London: Jaguh Olimpik, Allyson Felix bakal melakukan penampilan ke-10 dan terakhirnya di Kejohanan Olahraga Dunia bulan ini selepas tersenarai dalam kuartet 4x400 meter (m) campuran Amerika Syarikat (AS).

Allyson atlet olahraga wanita paling berjaya dalam sejarah Olimpik akan bersara pada penghujung musim ini.

Dia yang berusia 36 tahun meraih 19 pingat kejohanan dunia sepanjang kariernya termasuk 14 emas.

Allyson gagal layak acara 400m individu selepas menduduki tempat keenam ketika kejohanan kelayakan AS.

Bagaimanapun, tiada jaminan dia akan tampil di Oregon ketika dia antara empat atlet wanita dalam acara kuartet campuran dengan dua lelaki dan dua wanita berlari pada setiap perlumbaan.

Dia tampil kali pertama di Kejohanan Dunia di Paris pada 2003 dan bertanding kali kelima dan terakhir Olimpik di Tokyo pada musim panas lalu.

Kejohanan Olahraga Dunia berlangsung di Eugene, Oregon pada 15-24 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 12:54 PM