HOLYFIELD (kanan) menjatuhkan Tyson di pusingan keenam pada perlawanan pertama 1996. FOTO AFP
HOLYFIELD (kanan) menjatuhkan Tyson di pusingan keenam pada perlawanan pertama 1996. FOTO AFP
Agensi

New York: Mike Tyson mendedahkan amat berminat bertemu semula Evander Holyfield buat kali ketiga dalam usahanya untuk tampil lebih banyak perlawanan pertunjukan pada usia 54 tahun.

Iron Mike ketika ini menjalani latihan untuk perlawanan menentang Roy Jones Jr di California pada 28 November selepas keluar daripada persaraan.

Keputusan Tyson kembali ke gelanggang pada tahun ini diikuti oleh Holyfield yang kembali menjalani latihan dan meminta diaturkan pertemuan bersama seteru lamanya itu.

Ramai yang mahukan dua petinju hebat itu kembali bertarung, iaitu 23 tahun selepas Tyson mencetuskan kontroversi menggigit telinga Holyfield pada perlawanan kedua mereka.

Pada perlawanan pertama, Holyfield menewaskan lawannya itu di pusingan ke-11 menerusi keputusan TKO.

Holyfield, 58, jelas menyatakan dia mahu bertemu Tyson sekali lagi selepas muncul petinju kedua menewaskan lawannya itu pada 1996.

Tyson berkata: "Itu adalah sesuatu yang kami boleh lakukan jika orang ramai mahukan perlawanan ini menjadi kenyataan. Jika ia cukup realistik, saya mahu melakukannya."

Menerusi temuramah dalam rancangan Monday Night Football, Tyson juga menegaskan beliau mahukan perlawanan yang menawarkan takhta kejuaraan.

"Ia pasti sangat menarik. Saya menggunakan kelebihan diri bertemu antara petarung heavyweight terhebat di dunia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 1:20 PM