ANTARA aksi KL City bertemu Kuching City. FOTO MFL
ANTARA aksi KL City bertemu Kuching City. FOTO MFL
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City (KL City) FC tidak berhadapan masalah untuk pastikan tiga mata milik mereka selepas membenam Kuching City FC 3-2 pada aksi yang yang berlangsung di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Tonggak KL City Arif Shaqirin muncul wira buat skuad The City Boys apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 10 minit sekali gus menafikan Kuching City FC untuk membawa pulang sekurang-kurang satu mata untuk mereka.

Pada aksi terbabit, pelawat mendahului pada minit ke-18 apabila serangan balas pantas yang dimulakan Saravanan berjaya disudahkan Josue menerusi satu percubaan leret menewaskan Wan Muhammad Azraie.

Kuching City FC beroleh peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-31 namun tandukan Abu Kamara yang menyambut hantaran lintang Petrus Shitembi tepat ke dakapan Muhd Azri Ghani.

Pasukan pelawat berpeluang untuk menambah jaring pada minit ke-31 namun sepakan Saravanan terkena palang sekali gus memberi kelegaan kepada pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak.

Josue yang juga tonggak Harimau Malaya tidak berhadapan masalah mencetak gol kedua KL City FC apabila melakukan satu lambungan menarik untuk menewaskan penjaga gol lawan Azrail Wan Teh pada minit ke-41.

Kuching City FC merapatkan jurang menerusi sepakan penalti yang disudahkan Abu Kamara untuk menutup babak pertama dengan kedudukan 1-2.

Bersambung babak kedua, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-70 apabila Yuki Tanigawa pantas menyambar bola muntah selepas percubaan pertama Pedro Henrique terkena palang.

Tiga mata menjadi milik KL City FC selepas pemain gantian, Arif Shaqirin mengesahkan kemenangan milik KL City selepas menyumbat gol ketiga pada minit ke-80.

Selepas ini, Kuching City FC akan menutup kempen Liga Super musim ini berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman sementara KL City FC akan menentang Sri Pahang FC (SPFC) di laman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 11:21 PM