LLORIS terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh minggu. FOTO AFP
LLORIS terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh minggu. FOTO AFP
AFP

London: Penjaga gol Tottenham Hugo Lloris terpaksa diketepikan tujuh minggu selepas mengalami kecederaan lutut dan perkara itu disahkan oleh penolong pengurus kelab, Cristian Stellini.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu yang mengetuai Spurs sebelum ini mengalami kecederaan ketika mereka menang 1-0 Ahad menentang juara Liga Perdana, Manchester City.

Fraser Forster akan menjadi pilihan apabila kelab utara London yang kini berkedudukan tangga kelima Liga Perdana apabila mereka memasuki bahagian penting musim ini.

Tottenham akan berkunjung ke Leicester sebelum meneruskan kempen Liga Juara-Juara menentang AC Milan minggu depan.

Stellini memaklumkan perkara itu selepas ketiadaan pengurus Antonio Conte yang sedang menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan pundi hempedu.

"Kami semua kecewa dengan kecederaan Hugo tetapi kami mempunyai penjaga gol yang baik dan berpengalaman, Fraser Forster. Dia memiliki pengalaman hebat dalam Liga Perdana dan juga Liga Juara-Juara," katanya.

"Kami akan berdepan lima minggu yang sukar selepas ini. Kami mempercayai Fraser jadi kami gembira bermain dengannya dalam skuad.

"Kami berkata kepada Hugo 'jumpa anda tidak lama lagi'. Dia memerlukan proses pemulihan yang baik, mungkin antara lima dan tujuh minggu untuk kembali bersama kami."

Forster menandatangani kontrak dari Southampton secara percuma tahun lalu bermain empat kali untuk Spurs setakat ini dan hanya membuat satu penampilan Liga Perdana, ketika seri 2-2 dengan Brentford pada 26 Disember.

Lloris, 36, mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia di Qatar baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2023 @ 8:42 AM