STELLINI (kanan) akui Spurs perlu kuat ketika beraksi di laman sendiri. FOTO Reuters
STELLINI (kanan) akui Spurs perlu kuat ketika beraksi di laman sendiri. FOTO Reuters
Reuters

London: Tottenham Hotspur tidak akan berputus asa dalam perjuangan mereka untuk menduduki tempat empat teratas, kata pengurus sementara Cristian Stellini sebelum perlawanan di tempat sendiri Liga Perdana Inggeris (EPL) esok menentang Brighton & Hove Albion.

Spurs berada di tempat kelima dalam kedudukan liga dengan 50 mata, tiga mata di belakang Manchester United di tempat keempat.

Mereka beraksi lebih satu perlawanan daripada United dan dua aksi lebih daripada Brighton yang berada di tempat keenam, tatkala empat mata di belakang kelab London itu.

"Kami perlu menghormati Brighton tetapi kami adalah Tottenham yang akan beraksi di stadium kami sendiri dan oleh itu kami perlu menjadi kuat," kata Stellini kepada pemberita pada Khamis.

"Tottenham perlu bermain setiap kali seperti memburu empat teratas, sehingga secara matematik ia tidak mungkin lagi memihak kepada kami."

Spurs berdepan tugas sukar menentang pasukan Brighton, yang tidak tewas dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, kerana tanpa pemain utama Ryan Sessegnon, Yves Bissouma, Rodrigo Bentancur dan Ben Davies untuk pertemuan itu.

Stellini berkata senarai kecederaan yang banyak menghalang keupayaannya untuk membuat perubahan taktikal di Spurs.

"Kami tidak mempunyai pemain yang mencukupi, ramai pemain kami cedera.

"Dengan jenis pemain yang kami ada mungkin tidak boleh mengubah kami secara taktikal. Kami sedang menyediakan sesuatu yang berbeza pada bulan lalu tetapi sekarang kami perlu bersabar."

Bagaimanapun, Stellini berkata penyerang Brazil, Richarlison, yang tidak bermain sejak diganti lima minit selepas keputusan seri 3-3 dengan Southampton bulan lalu, semakin hampir untuk kembali.

"Dia berlatih di atas padang tetapi dia berlatih sendirian," kata Stellini.

"Dia bermain dengan baik dan untuk perlawanan seterusnya jika boleh diturunkan. Kami rasakan semua boleh berjalan lancar dengan adanya Ben Davies dengan rancangan itu tetapi kami perlu memberikannya sedikit masa."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 10:44 AM