JOE Hart sah sertai Tottenham secara percuma. FOTO Agensi
JOE Hart sah sertai Tottenham secara percuma. FOTO Agensi
AFP

BEKAS penjaga gol utama England, Joe Hart akan melengkapkan perpindahan secara percuma ke Tottenham Hotspur untuk menjadi penjaga gawang kedua selepas Hugo Lloris.

Bintang berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun bersama Spurs dengan kelab itu dilaporkan bersetuju membayar gajinya £50,000 (RM277,000) seminggu, jumlah sama yang diterima ketika beraksi dengan Burnley sebelum ini.

"Kami dengan sukacitanya mengumumkan menandatangani Joe Hart sehingga 2022," kata Spurs dalam satu kenyataan di laman web kelab itu.

Hart akan bersaing dengan Paulo Gazzaniga di bangku simpanan dan mungkin berpeluang beraksi di Piala Liga atau Piala Europa berbanding Lloris yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten musim lalu.

Hart berjaya menarik beberapa kelab, antaranya Leeds yang baru naik ke Liga Perdana, Derby County dan juara Scotland, Celtic.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 10:19 PM