Hugo Lloris (tengah) mengalami kecederaan ketika perlawanan bertemu Brighton. FOTO AFP
Hugo Lloris (tengah) mengalami kecederaan ketika perlawanan bertemu Brighton. FOTO AFP
AFP

KAPTEN Tottenham Hugo Lloris mengalami kecederaan terkehel siku ketika cuba menyelamatkan gol pembukaan tatkala minggu buruk buat Spurs dengan kekalahan 0-3 kepada Brighton semalam.

Lloris kelihatan mengadu kesakitan selepas terjatuh ke belakang daripada cubaan menyelamatkan gol pertama berpunca daripada sepakan lencongan sebelum Neal Maupay menanduk ke dalam jaring gol untuk memberikan Brighton permulaan yang diimpikan selepas hanya tiga minit beraksi.

Penjaga gol Spur itu diberikan oksigen dan ubat ketika diusung dari pada sebelum dibawa ke hospital.

Persatuan Bolasepak Perancis semalam mengesahkan, Lloris sudah menarik diri daripada skuad juara dunia itu untuk berdepan Iceland dan Turki pada kelayakan Euro 2020 minggu depan.

“Kami boleh mengesahkan bahawa Hugo Lloris mengalami kecederaan terkehel siku ketika perlawanan menentang Brighton,” menurut kenyataan Tottenham.

“Kapten pasukan kami menjalani pemeriksaan kecederaan itu dan akan kembali semula ke London petang ini selepas menjalani pemeriksaan lanjut di hospital tempatan.

“Pemeriksaan susulan akan diteruskan pada minggu ini untuk memastikan kecederaan yang dialami dan menentukan tempoh masa yang diperlukan baginya untuk melalui rawatan pemulihan.”

Gol awal dan ketiadaan Lloris adalah satu lagi tamparan hebat buat Tottenham selepas kekalahan 2-7 kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara pada Selasa.

“Untuk menerima dan kehilangan ketua pasukan anda cukup memberi kesan emosi dalam pasukan,” kata pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.

Keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris

Brighton 3 Tottenham 0

Burnley 1 Everton 0

Norwich 1 Aston Villa 5

Watford 0 Sheffield United 0

Liverpool 2 Leicester 1

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 9:11 AM