DIAZ (kanan) meraikan jaringan ke atas Tottenham. FOTO Reuters
DIAZ (kanan) meraikan jaringan ke atas Tottenham. FOTO Reuters
Reuters

Milan: AC Milan menghampiri suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam 11 tahun apabila jaringan Brahim Diaz memastikan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir di San Siro, awal pagi tadi.

Pemain Sepanyol itu menanduk masuk bola susulan pada minit ketujuh selepas penjaga gol kedua Tottenham, Fraser Forster dua kali bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan.

Spurs yang pincang berikutan masalah kecederaan dan penggantungan perlawanan bangkit menguasai perlawanan, namun gagal mengancam tuan rumah.

Milan sepatutnya selepas selepas rehat apabila pemain gantian, Charles De Ketelaere dan pemain pertahanan, Malick Thiaw gagal menanduk masuk peluang terhidang.

Tottenham memasukkan penyerang Brazil, Richarlison pada 20 minit terakhir dan walaupun gagal mengelak kekalahan pertama kepada Milan, mereka kembali ke London dengan harapan untuk mengubah keputusan pada perlawanan kedua dan mara ke suku akhir.

"Tidak sukar menyiapkan percaturan taktikal untuk perlawanan ini, tetapi saya sangat gembira dengan cara pemain beraksi," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

"Kami sepatutnya menjaringkan gol kedua dan memiliki beberapa peluang terbuka. Saya gembira dengan prestasi pasukan, tetapi ini baru perlawanan pertama dan aksi seterusnya pasti lebih sukar."

Sebelum perlawanan dengan anak buah Antonio Conte itu, rekod Milan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kurang baik apabila hanya menang sekali dalam 7 perlawanan.

Tetapi, berdepan Spurs yang pincang tanpa pemain yang digantung perlawanan, Pierre-Emile Hojbjerg dan Rodrigo Bentancur pula cedera manakala penjaga gol utama, Hugo Lloris, direhatkan, Milan berhak menamatkan aksi dengan kelebihan.

Penyokong di San Siro tidak perlu menunggu lama untuk bersorak apabila Theo Hernandez mengatasi Cristian Romero sebelum merembat kencang, tetapi Forster cemerlang menyelamatkan keadaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2023 @ 8:35 AM