PEMAIN Bayern meraikan kemenangan.  FOTO AFP
PEMAIN Bayern meraikan kemenangan. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bayern Munich kini hanya satu mata di belakang pendahulu Bundesliga, Union Berlin selepas menang 2-0 di Hoffenheim semalam.

Bayern mendahului pada minit ke-17 selepas pemain berusia 19 tahun Jamal Musiala menolak bola masuk sepakan sudut Joshua Kimmich.

Penyerang Bayern, Eric Maxim Choupo-Moting menggandakan jaringan pelawat pada minit ke-38 sekali gus gol keempatnya dalam tiga perlawanan.

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann yang kembali ke venue pertamanya selaku jurulatih pada usia 28 tahun memuji kematangan pemainnya. ,

"Saya sangat gembira dengan prestasi mereka. Kami sepatutnya mendapat lima gol dalam tempoh 35 minit pertama," kata Nagelsmann kepada SID.

"Ia sangat meyakinkan dengan prestasi makin meningkat."

Dalam perlawanan lain, Eintracht Frankfurt memintas Dortmund di tangga keempat selepas menang 3-1 di Borussia Moenchengladbach.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 8:56 AM