CANCELO terus serasi bersama Bayern walaupun baru sahaja berhijrah dari City. FOTO AFP
CANCELO terus serasi bersama Bayern walaupun baru sahaja berhijrah dari City. FOTO AFP
AFP

Berlin: Pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich memuji pemain yang baru ditandatangani, Joao Cancelo kerana memiliki kualiti luar biasa selepas pertahanan Portugal itu mencipta peluang gol ketika pasukannya menang 4-0 ke atas Mainz.

Cancelo menyertai Bayern dari Manchester City pada hari terakhir jendela perpindahan dan terus disenaraikan dalam kesebelasan utama saingan Piala Jerman menentang Mainz di tempat lawan.

Dia melakukan hantaran lintang pada minit ke-17 untuk membolehkan Eric Maxim Choupo-Moting menjaringkan gol, serta sekali-sekala dilihat merbahaya di bahagian sayap kanan.

Bercakap selepas perlawanan bersama Sky Germany, pemain tengah Bayern, Kimmich mengalu-alukan rakan sepasukan barunya itu, dengan berkata Cancelo 'amat' sesuai dengan juara Jerman itu.

"Dia ada kualiti menakjubkan - anda boleh lihat kualiti dibawanya ke padang. Saya harap kami akan gembira bersamanya."

Penyerang muda Bayern, Jamal Musiala menyokong pandangan Kimmich dengan berkata 'semua orang boleh melihat kualiti dimiliki Cancelo dan seorang pemain yang memiliki teknik hebat.'

Kemenangan itu adalah yang pertama buat Bayern pada 2023 selepas seri 1-1 tiga kali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 10:15 AM