MAXIM Choupo-Moting antara pemain Bayern yang dikuarantin dan masih belum divaksin. FOTO AFP
MAXIM Choupo-Moting antara pemain Bayern yang dikuarantin dan masih belum divaksin. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bayern Munich tidak dapat menurunkan lima pemain akibat dikuarantin termasuk Joshua Kimmich, menjelang saingan Liga Juara-Juara tatkala pemain tengah itu juga masih belum divaksin.

Bayern yang sudah pun layak ke kelompok 16 terakhir sebagai juara Kumpulan E akan menentang Dynamo Kiev awal pagi Rabu.

Bagaimanapun, Kimmich yang enggan menerima vaksin atas alasan peribadi dikuarantin buat kali kedua bulan ini selepas menjadi kontak rapat dengan seseorang yang diuji positif Covid-19.

Semalam, Bayern mengesahkan pemain lain yang tidak divaksin, Serge Gnabry, Jamal Musiala, Eric Maxim Choupo-Moting dan Michael Cuisance turut dikuarantin kerana masalah baru Covid-19 itu,

Berdepan dengan masalah lima pemain yang terpaksa diketepikan melalui pilihan mereka sendiri adalah gangguan yang tidak diingini sebelum menuju ke Ukraine.

"Ia menjengkelkan, kita nampaknya hanya bercakap mengenai wabak itu," kata ketua jurulatih Julian Nagelsmann sebelum hujung minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 November 2021 @ 3:07 PM