POGBA terpaksa dikeluarkan selepas dikecam penyokong. -FOTO Reuters
POGBA terpaksa dikeluarkan selepas dikecam penyokong. -FOTO Reuters
AFP

Manchester: Pengurus sementara, Ralf Rangnick menggesa penyokong Manchester United supaya tidak mengecam individu selepas Paul Pogba menjadi sasaran kecaman ketika mereka melakarkan kemenangan 3-2 ke atas Norwich.

Jaringan hatrik Cristiano Ronaldo menyelamatkan skuad kendalian Rangnick daripada satu lagi kekalahan memalukan ketika berdepan pasukan di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris.

Pogba membuat penampilan daripada beberapa penampilan terakhirnya di Old Trafford dengan kontrak pemain Perancis itu akan tempat pada penghujung musim ini.

Sebelum perlawanan berlangsung berlaku bantahan di kalangan penyokong United yang kecewa kerana mereka gagal buat musim kelima berturut-turut tanpa sebarang trofi.

Pogba menjadi mangsa kemarahan itu sehingga memaksanya digantikan 17 minit sebelum tamat permainan ketika perlawanan terikat 2-2.

"Saya memahami kekecewaan peminat. Begitu juga kami, pemain dan kakitangan tetapi saya tidak fikir mereka perlu menyasarkan pemain secara individu.

"Kami memikul tanggungjawab bersama setiap orang di sini dan itulah sebabnya saya tidak fikir ia adalah satu tindakan yang tepat untuk menyalahkan individu," kata Rangnick.

Hatrik ke-60 Ronaldo dalam kariernya mengekalkan harapan United untuk memburu tempat di saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Mereka kini hanya tiga mata di belakang Tottenham yang menghuni tangga keempat tetapi tugas sukar menanti mereka Selasa ini apabila bertandang ke Anfield bertemu Liverpool yang memburu empat gelaran musim ini.

Selepas Ronaldo meledak dua gol untuk meletakkan tuan rumah di depan, Kieran Dowell dan Teemu Pukki kembali menyamakan kedudukan untuk Norwich.

Pukki hampir meletakkan pelawat di depan tetapi percubaannya dinafikan David de Gea sebelum Ronaldo melengkapkan hatrik menerusi sepakan percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 7:51 AM