RONALDO (kanan) menjadi pilihan Rangnick. FOTO AFP
RONALDO (kanan) menjadi pilihan Rangnick. FOTO AFP
Agensi

London: Ralf Rangnick akan kekal menggunakan khidmat Cristiano Ronaldo untuk pertemuan dengan seteru setempat, Manchester City meskipun penyerang itu ketandusan gol.

Pengurus sementara United itu berharap tempoh rehat selama seminggu akan membantu meningkatkan semula prestasi pemain veteran itu yang hanya menjaringkan satu gol daripada 10 perlawanan terakhir.

Ronaldo, 37, yang diletakkan dalam kesebelasan utama, gagal menjaringkan gol ketika Man United seri tanpa jaringan dengan Watford, Sabtu lalu.

Dia dilihat mensia-siakan banyak peluang untuk pasukan tuan rumah.

Rangnick selepas tamat perlawanan menjelaskan beliau mempunyai beberapa pilihan lain namun kekal memilih Ronaldo.

Marcus Rashford adalah antara pilihan terbaik untuk kunjungan ke Stadium Etihad, Ahad ini, begitu juga dengan Jadon Sancho dan Anthony Elanga.

Mencipa peluang pada aksi Liga Perdana bukan masalah besar bagi Man United.

Sepanjang 13 perlawanan di bawah bimbingan Rangnick, United mencipta 160 peluang, lebih banyak berbanding kelab lain namun hanya mampu mencetak 20 gol.

Rangnick bagaimanapun masih percaya Ronaldo mampu meledak gol lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2022 @ 10:42 AM