Ralf Rangnick. FOTO AFP
Ralf Rangnick. FOTO AFP
AFP

Manchester, United Kingdom: Pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick berkata dia tidak dapat menolak peluang untuk menguruskan salah satu kelab terbesar di dunia ketika warga Jerman itu menjangkakan berpotensi melanjutkan khidmatnya menjangkau musim ini.

Rangnick bersetuju menguruskan United hingga hujung musim ini dan dijangka kekal di Old Trafford sebagai perunding kelab selepas itu.

Pengendali berusia 63 tahun itu mengadakan sesi sidang media pertamanya hari ini selepas menyaksikan United menang 3-2 ke atas Arsenal dari tempat duduk penonton di Old Trafford.

Michael Carrick membimbing United sebagai jurulatih sementara untuk tiga perlawanan sejak Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Selepas berdepan isu permit kerja, Rangnick, yang pernah berkerja sebagai ketua sukan Lokomotiv Moscow akhirnya dapat memulakan kerjanya yang digemarinya.

"Kita bercakap mengenai enam bulan setengah, suku daripada perlawanan, dan persetujuan untuk dua tahun sebagai perunding. Manchester United menghubungi anda untuk tugas yang tidak mampu di tolak," kata Rangnick.

"Kelab ini adalah antara yang terbesar dalam dunia. Saya teruja untuk bekerja bersama pemain yang ada di sini.

"Saya sangat yakin pasukan ini mempunyai ramai pemain muda berbakat dan berpengalaman."

Rangnick turut ditawarkan dengan peluang sama menguruskan Chelsea sebagai pengendali sementara selepas Frank Lampard dipecat pada Januari.

Namun dia menolak tawaran itu kerana tidak seperti United, tiada peluang untuk berkhidmat lebih lama ketika bekas protegenya Thomas Tuchel mengambil alih tugas pengendali di Chelsea ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 10:46 PM